normal girl like other

Dear PT3
Sunday 21 December 2014 | 23:01 | 0 comments
Assalamualaikum and Hai

Hmm hari ni mungkin hari yang paling bermakna bagi calon-calon pt3.Sekumpulan mungkin rasa gembira dan sekumpulan mesti rasa sedih hm aku tak tahu lah dalam golongan yang mana.

Tadi dalam pukul 10.30am lebih aku datang dengan emak amik result dekat dewan.Datang-datang je tengok semua muka macam steady je.Tengah menjajar mata tengok orang tetiba nampak fad dia panggil aku ajim haish dah lah belakang aku mak haha

Masuk dewan tengok mak aih ramainya orang haha masa tu chill lagi pegi dekat barisan kelas aku duh budak lelaki duk kerumun meja dah lah meja tu satu je kecil pulak tu.Jumpa teacher je teacher terus tunjuk nama aku dalam list yang belum bayar duit tuition duh buatpe siak nak bayar buka ada pun tuitionnya. Tapi baru teringat kalau tak bayar tak boleh ambil result hehe.

Teacher cakap pakai duit teacher dulu masatu aku still blur lagi pastu baru macam oh ok takpe mak ada haha.Dah ambil result kengkawan semua dah tanya aku tak tengok lagi dah jumpa cikgu itu ini then zulaikha datang minta result aku then masatu baru aku tengok juga result aku

Aku bersyukurlah daripada tak dapat A kat walaupun first batch them gred tak turun hm takpe

Nasib baik mak pon faham aku hm tapi yang buat aku rasa nak meraung gila-gila tu BI la kenapa aku tak dapat A itu yang buat aku paling hampa.Aku dah target A tapi hm.Walaupun rasa down tapi tetap tunjuk sado beb

Cuaca ni pon mendung hujan macam turut serta melayani perasaan kami je.Btw harapan aku sekarang cuma nak masuk 4S1 je ni duh weh hm

Dekat twitter semua cakap itu ini haih dah lah malas nak layan nak kutuk ke apa yang penting sekarang tahun depan aku nak fokus betul-betul

#jsawbarh




 

"Rindu?" Cuma Rindu
Monday 15 December 2014 | 17:46 | 0 comments
Assalamualaikum and Hai

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita

Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati 

Ya Allah why i can't forget all about rimup, why? and i feel like wanna cry loudly if i think about it.How can i not think everytime im always thinking all about rimup Ya Allah kau sampaikanlah rinduku pada mereka.Kau tolonglah beri aku peluang untuk aku berjumpa dengan diaorang Ya Allah

rindu sangat terutama ahli kumpulan aku,Tun Sambathan, ahli khemah p3-syiqin,teha,wani!!! oh im miss them so much!!! kau tolonglah pertemukanlah kami Ya Allah setiap malam aku teringat dan membuatkan aku susah untuk tidur.Aku tak tahu kenapa perkhemahan kali ini macam begitu bermakna bagi aku.

Terima kasih kepada cikgu zakaria kalau tidak kerana dia pasti aku tak akan bertemu dengan mereka semua.Selama ini kalau pergi mana-mana dua tiga hari ke seminggu ke dah lupa tapi ntah kenapa kali ini begitu susah untuk aku melupakan semua kenangan disana.Hmmmm...

Cepatlah tercapai hajat aku nak beli smartphone baru aku nak berwhatsapp,berwechat,nak tengok instagram diaorang,mesti hilang rasa rindu.Tapi aku berharap sangat dapat jumpa diaorang depan-depan dapat borak-borak,gelak-gelak.Selalu teringat segala aktiviti yang kita buat,gelak tawa segalanya lah dari mula sampai balik.Semua duduk jauh-jauh.

Kenapa mesti aku ingat,kenapa susah sangat nak lupa! ntah-ntah aku sorang je yang teringat dekat diaorang.Diaorang semua dah lama lupa agaknya.Aku tak mampu nak tulis dalam diary kerana terlalu banyak ingin aku ungkapkan jadi aku sematkannya dalam blog ini berharap mereka baca.

Rasa rindu ini lebih dari rasa rindu aku pada crush aku.Aku hanya mampu pendam dan tak pernah cerita dekat sesapa.Mungkin ada yang fikir aku ni over nak rindu sampai macam ni bagai tapi inilah sebernarnya apa yang aku simpan dalam hati ini.Perasaan dan saat yang paling indah...

Macam orang lain saat indah mereka ketika bersama kekasih tapi kenangan indah aku adalah bersama ahli rimup aku yang tak tahu bila dapat aku merasainya lagi.Aku rasa macam aku ni putus cinta pula tiap malam nak teringat kisah lama tapi apakan daya aku tidak dapat menolaknya.

Tak tahu lah kenapa rindu sangat.Padahal jumpa just 4 hari je.Gambar kenangan kita semua dah hilang kecuali gambar yang aku jadikan profile picture.Kalau rindu kawan-kawan semua boleh meet lagi tapi ni hmmm ntah bila.Ntah-ntah tak pernah lagi,tergantung macam ni je rasa rindu cuma mampu pendam je.Hanya lihat gambar dan cuma bayangkan mereka ada didepan mata.

Kalau classmates tu adatlah rindu time cuti gini tapi nanti naik sekolah jumpa hilanglah lah.Tapi rindu ahli rimup ni forever mungkin.Mungkin jumpa masa wedding diaorang ke InsyaAllah kita jumpa di Universiti 

p/s: semua ini terlintas difikiran aku sebelum tidur malam tadi.Aku taip dalam phone dan transferkannya ke sini

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala

Ada cerita tentang masa yang indah 

 Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita




hello cute stalker(s) ! I'm owner of this.just be nice here. then i will nice with you #byOwner
[ One | Two ]

diary About







template by: Sha's daughter
editor: Aziemah
Doodle: tumblr
Software: AP CS5